Friday 1 January 2016

NASI MINYAK RICE COOKER

NAMANYA memang nasi minyak. Makanan ini adalah makanan khas Kota Palembang, selain Pempek yang harus Anda cicipi. Di Provinsi Jambi juga ada Nasi Minyak. Bedanya, kalau nasi minyak khas Jambi disantap dengan menggunakan kuah kari. 

Kalau nasi minyak khas Sumatera Selatan hanya dimakan begitu saja dengan lauk pauknya. Di Palembang, tempat makan nasi minyak ada di Pasar Kuto. Nama rumah makannya adalah Warung Nasi Minyak Haji Abuk. Eh, tak hanya orang Palembang saja yang sering datang ke rumah makan Haji Abuk, tapi juga orang-orang pendatang dari luar Palembang. 

Berbeda dengan di negeri Terengganu, nasi minyak merupakan makanan turun temurun negeri ini yang dijadikan menu utama majlis perkahwinan bagi keluarga berada, serta majlis-majlis agama seperti kenduri arwah, perayaan dan sebagainya.

Tukang-tukang masak tersohor di Terengganu biasanya menyediakan gulai kurmak hijau sebagai lauk nasi minyak. Kini resepi gulau kurmak hijau makin pupus kerana tidak diajar secara terbuka oleh tukang-tukang masak yang tersohor pada masa itu. antara tukang masak tersohor nasi minyak Terengganu suatu ketka dulu disebut sebagai " Che Mat Tok Senani". Penulis pernah dimaklumkan warisan tukang masak ini masih ada yang menjalankan perniagaan restoran di Kg Tanjung Kuala Terengganu yang dikenali dengan "Nasi Minyak John" yang memakai lauk kurmak hijau.

RESEPI NASI MINYAK

BAHAN-BAHAN 
3 cawan beras basmathi
3 cawan air
1 cawan susu cair
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak jagung
1/2 sudu teh garam
Pewarna kuning telur

REMPAH KASAR DAN BAHAN TUMIS
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkit
3 biji pelaga
1 inc halia di hiris kasar
4 ulas bawang merah di hiris
2 ulas bawang putih di hiris

CARA MEMASAK

Masukkan beras kedalam rice cooker serta air secukupnya, tambah susu, pewarna, garam dan perisa secukupnya .

Dalam kualli masukkan minyak dan tumis rempah kasar dan bahan tumisan, bila dah naik baunya pindahkan kedalam rice cooker, seterusnya masaklah seperti biasa sehingga nasi masak.

No comments:

Post a Comment