Friday 1 January 2016

NASI DAGANG RICE COOKER

Menurut Wikipedia Nasi dagang (Jawi: ناسي داڬڠ) adalah hidangan Thai Malaysia dan Selatan yang terdiri daripada nasi putih dalam santan, kari ikan dan bahan-bahan tambahan seperti kelapa dicukur goreng, telur rebus dan jeruk sayur-sayuran. Nasi Dagang bermaksud "Trading Rice". Ia adalah makanan sarapan yang terkenal di negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, seperti Terengganu dan Kelantan dan Selatan Thailand wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat. Nasi dagang yang paling terkenal di Terengganu berasal dari Kampung Ladang, sebuah kawasan di dalam daerah Kuala Terengganu. Nasi Dagang juga boleh dianggap sebagai hidangan perayaan di Kelantan dan Terengganu kerana ia disediakan di rumah untuk pagi Eid ul-Fitri, percutian Muslim yang menandakan berakhirnya Ramadan, untuk dimakan sebagai sarapan pagi sebelum atau selepas solat hari raya di masjid.

Nasi dagang yang menggunakan campuran beras siam dengan pulut merupakan masakan nasi dagang asli turun-temurun masyarakat Melayu Terengganu.

Kini nasi dagang telah bekembang dan diminati oleh semua kaum dan lapisan masyarakat negara ini. Nasi dagang juga menjadi makanan jualan sepanjang hari di beberapa restoran dan gerai di negeri Terengganu.

Nasi dagang mempunyai pelbagai versi mengikut cara dan teknik memasak yang diwarisi atau dipelajari oleh seseorang.

Lauk nasi dagang juga mempunyai pelbagai rupa dan rasa mengikut bahan yang digunakan oleh mereka yang memasaknya terutamanya rempah ratus yang digunakan.

Bagi mendapatkan satu citarasa nasi dagang ori, trendi telah menjalankan penyelidikan dan mengeluarkan rempah nasi dagang yang berasaskan formulasi asal tukang masak nasi dagang tersohor di Terengganu.

GULAI IKAN AYA LAUK NASI DAGANG
Bahan A
2 ekor ikan aya hitam (ikan tongkol atau tuna)  (3 kg)
1 sudu garam
3 asam keping
2 sudu gula
1 sudu cuka makan
3 inci gula melaka
air utuk rebus sekadar tenggelam ikan dalam periuk masa merebus

Bahan B
Rempah Nasi Dagang Trendi

Bahan D
Kunyit 1 in
Halia ½ in
Lengkuas 3 in

BAHAN E
Bawang merah siap blend 3 cawan
Bawang putih 10 ulas diblend bersama bawang merah

Bahan F
Cili boh 3 cawan

BAHAN G
Kelapa 1 biji – jadikan 15 cawan santan cair

CARA-CARA
1) Ikan dibersihkan dengan air garam untuk hilang hanyir dan dipotong dan direbus dengan memasukkan semua bahan A selama satu jam dengan api perlahan.

2) Cili boh tumis bersama 2 inci kayu manis dan daun pandan
3) Bahan D diblend
4) Rebus santan selama 1 hingga pecah minyak.
5) Masukkan bahan B,D, E dan F dan rebus  lagi
6) Kecilkan api, masukkan semua Bahan A (ikan rebus bersama kuah dan asam keping) dan renih selama 1 jam lagi dan siap untuk dihidangkan.
(Biasa dibuat sebelah malam untuk dibuat sarapan pagi)



GULAI AYAM LAUK NASI DAGANG


Bahan-Bahan

1 ekor ayam atau 1/2 kg daging dipotong kecil

1 kelapa jadikan 7 cawan santan
2 sudu kerisik - untuk tumis
12 biji cili kering dijadikan pes utk tumis
3 ulas Bawang Putih - diluatkan utk tumis
1 inci Halia - dilumatkan untuk tumis
4 hiris  Lengkuas - dilumatkan untuk tumis
4 sudu besar rempah nasi dagang trendi
1 keping asam gelugur
6 cili jarum
2 sudu  Gula Merah
Sedikit Garam

Cara-cara

Tumiskan bahan-bahan tumisan hingga wangi dan asukkan rempah nasi dagang trendi. Tumiskan hingga pecah minyak. Masukkan ayam dan biarkan hingga ia bergaul sebati. 

Masukkan santan dan masak hingga mendidih, diikuti dengan memasukkan asam gelugur, gula merah, garam dan perasa. 
Masukkan cili jarum dan biarkan terus mendidih dan kuahnya menjadi pekat sebelum diangkat.


NASI DAGANG TERENGGANU

Merupakan  salah satu yang paling popular dan terkenal di Terengganu, . Hidangan ini dibuat secara mengukus campuran beras biasa dan pulut santan, halba, halia dan bawang yang dihiris halus dan dimasak secara kukus.


Bahan-bahan:
200g beras siam panjang
100g beras pulut
1 kelapa parut untuk mengeluarkan 3/4 cawan santan pekat
3/4 cawan santan nipis
1/4 sudu teh biji halba (halba)
2 ulas bawang putih, dihiris halus
3 bawang merah, dihiris halus
2cm halia muda, dihiris halus
1/2 sudu kecil garam

Kaedah:

Basuh beras dengan baik dan rendam selama 5-6 jam. 
Toskan, kemudian kukus beras selama 20 hingga 25 minit atau sehingga separuh masak.
Masukkan santan nipis dan terus mengukus selama 15 minit sehingga nasi hampir masak.
Menggabungkan tebal santan, bawang merah, bawang putih, halia, halba dan garam. Kacau ke dalam nasi kemudian kukus sekali lagi selama 10 hingga 15 minit atau sehingga nasi betul masak.

Hidangkan nasi dengan tuna kari (gulai ikan tongkol).

NASI DAGANG RICE COOKER BIASA
Sumber : aunidenovella.blogspot.my

Bahan-bahan nasi :-
3 1/2 beras biasa + 1 1/2 beras pulut
Santan pekat+ air ikut sukatan beras
1 st halba
1 inci halia - hiris halus
2 biji bawang putih - hiris halus
1 labu bawang merah - hiris halus
garam

Cara-caranya :-
Namapun guna rice cooker, so straight forward jela kan.. Beras basuh macam biasa, rendam kejap dalam 2 jam, lepastu tos. Lepastu tabur la segala bawang, halba, halia dan garam.. masak nasi macam biasa ye..

Peringatan !! Sila jangan terlebih air ye kekawan... kalau nasi terlembik, alas penutup periuk dengan sehelai surat khabar, insyaAllah... nasi tak lembik lagi...!!


NASI DAGANG RICE COOKER NOXXA

Kini telah terdapat dipasaran rice cooker yang mempunyai fungsi mengukus. Salah satu daripadanya ialah rice cooker berjenama Noxxa.



Resepi nasi dagang dengan menggunakan rice cooker bertekanan tinggi noxxa sebagaimana berikut:-


Nasi Dagang Terengganu 

Bahan nya
4 cawan beras siam panjang (cap arnab)
1 cawan beras pulut
3 ulas bawang merah hiris
1 sudu besar halba
4 cawan air
1 cawan santan pekat
3 ulas bawang merah hiris

2 inci halia hiris 4 segi kecil memanjang
2 sudu makan halba
1 cawan santan pekat
garam dan sedikit gula secukup rasa

CARA-NYA
1.  Rendam beras 15 minit

2.  Masukkan semua bahan kedalam pan non stick, panaskan dan kacau sehingga air dan santan meresap kedalam beras, kemudian pindahkan kedalam inner periuk noxxa.
4.  ON periuk noxxa dan setkan steam selama 3 minit.
5.  Setelah 3 minit,nasi dagang siap dimasak. Buka penutup noxxa dan kalau nasi perlahan-lahan agar tidak patah, kalau masih belum masak biarkan saja pada keadaan WARM sehingga masak sepenuhnya.











No comments:

Post a Comment