Friday 1 January 2016

NASI ARAB RICE COOKER

Nasi Arab adalah sejenis makanan istimewa yang nasinya berwarna kuning dan ayamnya berwarna lebih merah kalau berbanding dengan nasi ayam lain. Makanan tersebut biasanya makan dengan sos salatoh dan timun. Nasi Arab ini memang makan tanpa kuah disebabkan nasinya sudah mempunyai rasa yang sedap sekali. Oleh sebab itu, Nasi Arab sangat sesuai dihidangkan untuk seisi keluarga. 

Tambahan pula, Nasi Arab sentiasa dialu-alukan dan telah menjengah kepasaran Malaysia disebabkan perasaan Nasi Arab yang unik dan menikmati. Nasi Arab akan dihidangkan untuk tetamu yang berkunjung ke rumah dan ini telah menjadi adat Orang Arab dari zaman dahulu. Jadi, budaya ini telah diwariskan secara turun temurun sehingga zaman terkini. Nasi Arab sememangnya terkenal dengan elemen tradisional yang diwarisi dari zaman ke zaman. 

Kelazatan dan kenikmatan Nasi Arab oleh dikategorikan dalam kumpulan makanan tradisional yang amat terkenal, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan di Malaysia. Nasi Arab sudah menjadi makanan harian kebanyakan rakyat di Malaysia. (sumber: http://resepinasiarab.blogspot.my/)

JENIS-JENIS NASI ARAB


Banyak jenis nasi arab diwilayah arab sana, tetapi terdapat beberapa nasi arab yang popular di negara ini, antaranya ia lah :-

Nasi Mandi

Nasi Kabsah
Nasi bukhari
Nasi Maqluba

REMPAH NASI ARAB



sumber :lydiahoney2003.blogspot.my
Rempah ialah bahan perisa dalam makanan mahupun minumah yang terdiri daripada kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga, jintan manis, lada hitam, halba dan lain-lain. Ia kadangkala juga digunakan sebagai bahan pengawet yang dapat membunuh atau menyekat pertumbuhan bakteria. 

Rempah ratus juga digunakan untuk tujuan lain seperti perubatan, ritual agama, kosmetik, pewangi atau dimakan sebagai sayuran. Penggunaan rempah ratus yang betul adalah amat penting dalam setiap masakkan seharian kita. Kadang kala kita lihat secara mata kasar bahawa sesuatu makanan tu sama je tapi bila rasa barulah kita tahu bahawa apa yang kita lihat tak sama dengan apa yang kita rasa. Macam beli baju, tengok dan pakai tak samakan? Contohnya pada masa kasar kalau tengok Nasi Kabsa, Nasi Bukhari dan Nasi Tomato tu macam sama jer tapi cuba anda rasa ke tiga- tiga nasi ni, sudah pastinya tiap nasi ni berbeza rasanya.  

Masa kini ramai lagi antara kita sudah tidak kenal dengan rempah ratus, kerana sekarang ni semua guna instant kiub, perencah segera yang dah terkandung rempah-ratus tersebut. Nak masak makanan arab ni senang jer tak yah pening- pening nak fikir mana nak cari ARABIC MIXED SPICES atau rempah khas. Kini terdapat banyak pilihan  Arabic Ready Mixed Spices di pasaran. 

Dengan kemudahan rempah ni anda boleh masak hampir kesemua makanan nasi arab ia iatu nasi mandi, kabsah dan maqlubah. Takyah perlu pening  nak membeli rempah ratus seperti untuk masak kabsa kena ada rempah kabsa, kalau nak masak mandhi kena ada rempah mandhi dan sebagainya, itu semua menjadi mudah dengan menggunakan rempah yang telah diolah. 

Tambahan kebanyakan resepi arab yang ada kat internet tu dah tak berapa asli sangat kerana di ubahsuai, ikut citarasa orang yang masak dan ikut bahan yang ada disekeliling mereka. (rujukan: http://lydiahoney2003.blogspot.my)

REMPAH NASI ARAB TRENDI

Kini anda boleh mendapat campuran rempah ratus nasi arab yang disediakan oleh trendi dengan pilihan rempah ratus terbaik sebagaimana yang dibuat dinegara arab sendiri.

sumber :lydiahoney2003.blogspot.my

TEKNIK MEMASAK MENGGUNAKAN RICE COOKER

Kita telah lama diajar memasak nasi dengan menggunakan rice cooker, tanpa rice cooker kita telah tidak boleh memasak nasi. Hinggakan bila anak-anak terpaksa tinggal diasrama atau rumah sewa, pertamanya keluarga akan bekalkan dua peralatan utama ia itu rice cooker dan keduanya water heater.Hinggakan setiap rumah pelajar kita diluar negara pun wajib ada rice cooker. 


Image result for rice cooker

Rice cooker bersaiz besar juga terdapat dipasaran bagi menyediakan juadah bagi majlis dan keramaian serta juga bagi tujuan perniagaan katering dan restoran


Lantaran itu trendy telah membuat penyelidikan bagaimana menggunakan teknik memasak nasi arab yang baik menggunakan rice cooker untuk kemudahan masyarakat yang gemarkan nasi arab.


NASI MANDI AYAM TEKNIK RICE COOKER

Set Beras dan Rempah
Sajian 7-8 orang

BAHAN-BAHAN YANG DISEDIAKAN DALAM PACK

1/2 kg. Beras Basmathi ~ cuci dan rendam 1/2 jam
Rempah Mandhi Trendi Set A

BAHAN-BAHAN TAMBAHAN YANG DIPERLUKAN

½  sudu makan garam atau secukup rasa
½ sudu makan gula atau secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi
¼ cawan minyak masak
½ gram pewarna kuning dan oren
1 labu bawang besar ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
1inci halia ~ dihiris nipis
1 ekor ayam ~ belah 2 atau 4, dikelar-kelar bahagian dada kemudian direbus untuk mendapatkan 850 ml  stok ayam.

Caranya Memasak Nasi:
1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi dalam kuali, masukkan  bawang besar, bawang putih, halia, tumis hingga  warna kekuningan. Masukkan Set A (Rempah Mandhi Trendi), gaul sebati.
2. Masukkan beras yg telah ditoskan, goreng sekejap hingga sebati. Kemudian, pindahkan dalam rice cooker, masuk air rebusan ayam, garam dan masak seperti biasa.
3. Bila dah kering, letak pewarna bertompok- tompok  di atas nasi tanpa dikacau untuk tidak patahkan nasi. Bila nak dihidangkan,  nasi digaul untuk percampuran warna.


Cara Memasak Ayam

1.       Gaul rata Set A rempah mandi trendi pada ayam, Masukkan garam dan gula. Perap.
2.       Panggang atau bakar ayam hingga masak.
3.       Boleh juga dibungkus dalam aluminium foil dan dibakar 40 minit dalam oven pada suhu 450 darjah F.

UNTUK SALAD
1.       Salad, timun, tomato buah dihiris, bawang besar, daun ketumbar digaul bersama dengan mayonis.
2.       Atau boleh digaul dengan sos tomato dan sos cili – tambahkan garam secukup rasa.
3.       Atau digaul dengan jus limau nipis/lemon – tambahkan garam dan gula secukupnya.

CARA BUAT AIR LADA
1.       Lada merah dan hijau, tomato buah, daun ketumbar, perahan limau nipis/lemon, garam dan gula secukup rasa.
2.       Kisar semua bahan tanpa air

UNTUK SUP
1-2 biji kentang dipotong dadu.
1 batang lobak merah dipotong dadu.
1 sudu rempah sup.
2 labu bawang besar dibelah 6.
2 inci halia dihiris tebal/ketuk.
5 ulas bawang putih diketuk.
1 sup bunjut
bunga cengkih, kayu manis, pelage, garam, gula, 
Masukkan semua bahan kedalam air lebihan rebusan ayam dan masak seperti biasa.

No comments:

Post a Comment