Friday 1 January 2016

NASI BERIANI RICE COOKER

Biryani, biriani, atau beriani adalah satu set makanan berasaskan beras yang dibuat dengan rempah, beras (biasanya basmathi) dan daging, ikan, telur atau sayur-sayuran. 

Nama ini berasal dari perkataan Parsi beryā (n) (بریان) yang bermaksud "goreng" atau "panggang"
Biryani berasal dari Iran (Parsi) dan ia telah dibawa ke Asia Selatan oleh pelancong dan pedagang Iran. Varian tempatan hidangan ini popular bukan sahaja di Asia Selatan, tetapi juga di Saudi dan di dalam masyarakat Asia Selatan pelbagai di negara-negara Barat (sumber: http://lamanmyrasa.blogspot.my).

Menurut sejarah nasi berini masuk ke Malaysia sebelum zaman penjajahan lagi bersama kemasukan pedagang dari arab dan india yang membawa masuk bersama masakan nasi beriani ini. Melalui perjalanan masa yang lama dan pengaruh setepat terdapat pelbagai versi nasi beriani di seluruh negara seperti nasi beriani gam dan nasi beriani biasa.

Kekuatan nasi beriani terletak kepada kualiti dan campuran rempah ratus yang digunakan serta teknik memasak yang digunakan. Untuk kemudahan pengguna trendi telah mencipata adunan rempah nasi beriani yang khusus untuk digunakan bagi masakan menggunakan rice cooker.

RESEPI NASI BERIANI


600 gm beras basmati

1/4 cawan minyak sapi

Bahan-bahan tumisan


1 paket rempah beriani trendi

1/2 bawang besar di potong kecil
1/2 inci halia ditumbuk halus
Garam secukup rasa
1 1/2 kiub stok ayam
Air panas.

Cara-cara


Dalam rice cooker masukan air panas secukupnya dan beras untuk memasak seta masukkan chicken stock.


Dalam kuali masukkan minyak sapi dan tumislah bahan tumisan serta rempah beriani hingga naik baunya dan pindahkan kedalam rice cooker, kacau rata supaya mesra dengan beras, masukkan garam dan perasa seckupnya dan masaklah seperti biasa hingga nasi masak.


RESEPI AYAM BERIANI
  • 3 sudu serbuk buah badan
  • 25 gm rempah beriani trendi 
  • 1 ekor ayam dipotong 4 atau 8
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar tomato puree
  • 1/2 cawan susu cair
   Bahan tumisan
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 1 1/2 in halia dilumatkan
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • sedikit minyak masak
  • Garam dan gula secukupnya
CARA CARA MEMBUATNYA
  • Gaulkan kesemua bahan kepada ayam kecuali bahan tumisan 
  • Perapkan selama 10 minit
  • Tumis bahan tumisan hingga naik baunya dan masuk ayam dan perapan
  • Masak hingga ayam masak.









No comments:

Post a Comment